women can coach (WCC)

WOMEN CAN COACH : MEDIA DAN KOMUNIKASI DALAM SAINS KEJURULATIHAN

1 OKTOBER 2020 ISKANDAR PUTERI, JOHOR

Tempat: Educity, Iskandar Puteri, Johor

Jelajah Program Women Can Coach: Media Dan Komunikasi Dalam Sains Kejurulatihan diteruskan dengan Majlis Sukan Negeri Johor menyambut baik hasrat penganjuran program di selatan tanah air. Dengan mendapat sokongan penuh Tuan Pengarah (Encik Mohd Gadaffie Bin Abd Aziz) bertepatan dengan persediaan Negeri Johor dalam menjadi tuan rumah penganjuran SUKMA yang akan datang. Program ini telah diadakan dengan jayanya pada 1 Oktober 2020 bertempat di Educity, Iskandar Puteri, Johor.

Program ini bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada jurulatih khususnya di kalangan jurulatih wanita berkenaan kepentingan dan kemahiran berkomunikasi secara profesional apabila terlibat dalam sesi temubual bersama pihak media.

Penyertaan program ini bersasar kepada semua jurulatih wanita dari program pembangunan sehinggalah jurulatih di peringkat elit. Walau bagaimanapun jurulatih lelaki turut diberikan peluang untuk sama-sama terlibat bagi mendapatkan ilmu dalam bidang komunikasi dan media.

Program ini dilaksanakan dalam suasana yang sangat menitikberatkan SOP penganjuran seperti yang telah ditetapkan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara.

Melalui program ini, setiap peserta telah didedahkan berkenaan pengurusan dan persediaan diri dalam berhadapan pihak media. Pihak AKK telah melantik Sharon Wee Ee Lin sebagai panel dalam membentangkan topik-topik berkaitan media dan komunikasi bertepatan dengan penglibatan beliau dalam bidang penyiaran selain berpengalaman sebagai bekas pemain utama skuasy wanita negara.

Dalam aktiviti berkumpulan, peserta turut diberi peluang untuk ditemubual secara langsung oleh Sharon Wee di mana peserta akan diberikan pengalaman untuk ditemubual oleh pihak media. Persediaan setiap peserta dalam menjawab soalan-soalan secara profesional seperti yang telah dikongsikan oleh panel menjadi tunjang dalam keupayaan dan kelancaran penyampaian mereka.

Majlis penutup program ini telah disempurnakan oleh Tuan Pengarah MSNJ. Diharapkan semua peserta mendapat impak positif seterusnya menjadikan diri lebih bersedia sekiranya berhadapan dengan temubual bersama pihak media.

Terima kasih diucapkan kepada setiap jurulatih yang telah memberikan maklumbalas yang sangat memberangsangkan sepanjang program ini berlangsung. Sekalung penghargaan kepada pihak MSNJ dalam memberikan kerjasama yang optimum sehingga program ini berjaya dilaksanakan.

GALERI

Kongsikan Artikel :

Share on facebook
Facebook
Share on email
Email
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp

AKADEMI KEJURULATIHAN KEBANGSAAN
Institut Sukan Negara Malaysia
Kompleks Sukan Negara
Bukit Jalil 57000 Kuala Lumpur.

Previous
Next

@ HakCipta Terpelihara Akademi Kejurulatihan Kebangsaan 2020.