mengenai akk

PENGENALAN

Logo Akademi Kejurulatihan Kebangsaan (AKK)

Akademi Kejurulatihan Kebangsaan (AKK) telah ditubuhkan pada 1 Januari 2012. AKK dilancarkan secara rasmi pada 19 Julai 2012 oleh Yang Berhormat Menteri Belia dan Sukan Malaysia, Dato’ Sri Ahmad Shabery Bin Cheek bertempat di Dewan Komanwel MSN, Bukit Jalil.

Kepimpinan Akademi Kejurulatihan Kebangsaan (AKK) telah diserahkan secara rasminya di bawah pentadbiran Institut Sukan Negara (ISN) dari Majlis Sukan Negara Malaysia (MSNM) yang beroperasi sepenuhnya mulai 1 Julai 2015. Peralihan tugas ini telah diumumkan oleh Menteri Belia dan Sukan Malaysia, Yang Berhormat Khairy B. Jamaluddin pada 12 Februari 2015. Fungsi utama AKK ditubuhkan adalah untuk menjadi sebuah pusat rujukan kecemerlangan kejurulatihan sukan yang lebih tersusun, terutamanya dalam aspek pengiktirafan jurulatih dan pendidikan jurulatih. AKK akan menyumbang ke arah transformasi pendidikan kejurulatihan sukan bagi memastikan aspek kejurulatihan sukan di negara ini lebih seragam dan berada di tahap yang tertinggi serta diiktiraf di peringkat antarabangsa.

AKK merupakan satu bahagian di Institut Sukan Negara yang memberi pengiktirafan kepada jurulatih melalui Skim Pelesenan Kejurulatihan Kebangsaan (SLKK). AKK juga menawarkan program pendidikan kejurulatihan yang komprehensif melalui sistem akreditasi jurulatih sukan, iaitu program Skim Pensijilan Kejurulatihan Kebangsaan (SPKK) Tahap I, II dan III. SPKK merupakan satu piawai kebangsaan yang memberi pengiktirafan kepada status jurulatih dalam bidang sukan masing-masing.

OBJEKTIF

  • Melahirkan lebih ramai jurulatih tempatan yang diiktiraf dengan skim pelesenan kejurulatihan kebangsaan (SLKK) dan memperolehi skim pensijilan kejurulatihan kebangsaan (SPKK) tahap I, II dan III.
  • Mempertingkatkan kemahiran dan prestasi jurulatih supaya berada setaraf antarabangsa di bawah program akademi kejurulatihan kebangsaan.
  • Mewujudkan daya saing di antara jurulatih menerusi program kursus sains sukan, sukan spesifik, bengkel aplikasi dan seminar.
  • Mempertingkatkan pengetahuan jurulatih seiring dengan perkembangan teknologi terkini dalam bidang kejurulatihan.
  • Memupuk budaya membaca dalam kalangan atlet, jurulatih, serta pegawai dan anggota Institut Sukan Negara (ISN) dan Majlis Sukan Negara (MSN).
  • Mengurus dan menyediakan maklumat terkini berkaitan sains sukan, teknologi sukan dan perubatan sukan.

VISI, MISI DAN MOTO

VISI

  • Peneraju program kejurulatihan sukan.

MISI

  • Melahirkan jurulatih kompeten dan bertauliah melalui sistem dan budaya kejurulatihan yang mampan serta bertaraf antarabangsa.

MOTO

  • Beyond coaching.

FUNGSI AKK

CAWANGAN PENDIDIKAN JURULATIH

  • Merancang, mengurus dan melaksana Kursus Sains Sukan Tahap I, II dan III anjuran Akademi Kejurulatihan Kebangsaan serta Pihak Ketiga (NGO, Persatuan, Organisasi luar, Jabatan, Pertubuhan) mengikut jadual perancangan tahunan serta memastikan penganjuran kursus mencapai standard dan kualiti yang ditetapkan.
  • Merancang dan memantau pelaksanaan Kursus Sukan Spesifik mengikut jadual perancangan tahunan daripada Persatuan Sukan Kebangsaan (PSK).
  • Menguruskan permohonan Lesen Kejurulatihan bagi yang layak memohon dibawah Skim Pelesenan Kejurulatihan Kebangsaan (SLKK) serta menguruskan permohonan Sijil Pengecualian Kursus Sains Sukan dibawah Skim Pensijilan Kejurulatihan Kebangsaan (SPKK)
  • Menguruskan sistem data jurulatih yang berdaftar dibawah Akademi Kejurulatihan Kebangsaan (MSCR – Malaysia Sports Coaching Registry).
  • Membantu Persatuan Sukan Kebangsaan (PSK) dalam penyediaan kurikulum dan silibus Kursus Kejurulatihan Sukan Spesifik dan mengawal standard dan kualiti penganjuran kursus.

CAWANGAN KEPAKARAN KEJURULATIHAN

  • Membangunkan dan menilai kursus – kursus dibawah program AKK melalui kawalan kualiti kepakaran merangkumi kurikulum, penilaian dan impak program yang dianjurkan.
  • Memastikan kualiti tenaga pengajar yang kompeten dalam bidang pengkhususan Sains dan Perubatan Sukan serta Sukan Spesifik mengikut piawaian antarabangsa International Council Coaching Excellence (ICCE)
  • Menganjurkan Bengkel Pemurnian Silibus Kursus-Kursus dibawah program AKK (Kursus Sains Sukan dan Perubatan Sukan, Kursus Sukan Spesifik, Kejurulatihan Belia, Kursus Pendidikan Kejurulatihan Berterusan (CCE), Suaian Fizikal dan lain-lain kursus berkaitan kejurulatihan sukan).
  • Merancang pengelolaan latihan bagi peningkatan pengetahuan dan kemahiran kendiri instruktur dan pegawai Akademi.

CAWANGAN PENDIDIKAN PROFESIONAL

  • Merancang, mengurus dan pelaksanaan program Pendidikan Kejurulatihan Berterusan dengan penawaran kursus BCE (Basic Coach Education), ACE (Advance Coach Education) dan FACE (Foundation of Applied Coach Education).
  • Merancang, mengurus dan pelaksanaan seminar / simposium / konferen kejurulatihan.
  • Merancang, mengurus dan pelaksanaan program perkongsian ilmu dalam bidang sains, perubatan dan teknologi sukan melalui porgram ISN Continuous Education (ICE), Mind The Gap dan Talk and Share.
  • Bertanggungjawab di dalam penyampaian maklumat penawaran program-program baharu dan sedia ada melalui medium hebahan dan laman web Akademi.

PROGRAM AKK

AKADEMI KEJURULATIHAN KEBANGSAAN
Institut Sukan Negara Malaysia
Kompleks Sukan Negara
Bukit Jalil 57000 Kuala Lumpur.

Previous
Next

@ HakCipta Terpelihara Akademi Kejurulatihan Kebangsaan 2020.