kursus sains sukan (kss)

PERMOHONAN Sijil kss (rosak / hilang)

  • Peserta yang kehilangan atau kerosakan sijil harus memberi maklumat melalui borang online.
  • Peserta yang ingin menukar sijil baharumengganti sijil yang hilang atau rosak akan dikenakan bayaran sebanyak RM50.
  • Bagi kehilangan kali kedua dan ke atas, peserta akan dikenakan bayaran sebanyak RM100.
  • Namun pihak AKK mempunyai hak untuk menentukan gantian Sijil dan keputusan pihak AKK adalah muktamad.

MAKLUMAT YANG DIPERLUKAN SEPERTI BERIKUT :

  • Salinan dokumen berkaitan seperti sijil yang telah rosak dan sebagainya.
  • Keputusan peperiksaan dan menyatakan tarikh, tempat dan kod kursus bagi memudahkan pihak AKK membuat semakan. Jika terdapat sebarang kesulitan mengenai maklumat kursus, pihak kami akan menghubungi peserta untuk mendapatkan pengesahan.
  • Jika maklumat yang diberi tidak lengkap dan ada unsur-unsur penipuan, pihak kami berhak membatalkan permohonan.
    •  

PROSES PERMOHONAN

Setiap pemohon WAJIB mempunyai akaun GMAIL bagi memudahkan pendaftaran secara atas talian online registration. Sekiranya pemohon yang tidak mempunyai akaun GMAIL sila mendaftar terlebih dahulu sebelum membuat pendaftaran.

Klik untuk buka akaun

BORANG 1 - PENDAFTARAN

KELULUSAN DAN BAYARAN SIJIL

  • Pemohon mengisi BORANG 1 untuk pendaftaran dan permohonan sijil rosak atau hilang.Semakan sijil peserta mengambil masa 7 hari bekerja. 
  • Pemohon akan dimaklumkan LULUS atau TIDAK LULUS melalui e-mel pemohon dan panggilan telefon.
  • Peserta yang LULUS perlu membuat bayaran mengikut apa yang telah dimaklumkan oleh pihak AKK.
  • Pemohon perlu menyediakan salinan bayaran dalam bentuk softcopy sebelum mengisi BORANG 2 untuk proses seterusnya.
  • Sijil Kursus Sains Sukan Baharu akan dikeluarkan dalam masa 20 hari bekerja dari tarikh hantar borang bukti pembayaran (BORANG 2).
  •  
Pembayaran boleh dibuat melalui:
  • Transaksi atas talian ke akaun Institut Sukan Negara :

No. Akaun: 1 4 2 3 8 0 1 0 0 1 0 0 0 1

  • SEBELUM membuat sebarang transaksi atas talian (bayaran) bagi pemohonan, perlu PASTIKAN mendapat kelulusan, maklum balas daripada pihak AKK.
  • Taip/Nyatakan tujuan pembayaran tersebut sebagai bayaran SIJIL KURSUS SAINS SUKAN BAHARU pada slip bayaran tersebut.

BORANG 2 - PEMBAYARAN

AKADEMI KEJURULATIHAN KEBANGSAAN
Institut Sukan Negara Malaysia
Kompleks Sukan Negara
Bukit Jalil 57000 Kuala Lumpur.

Previous
Next

@ HakCipta Terpelihara Akademi Kejurulatihan Kebangsaan 2020.