kursus sains sukan (kss)

KURSUS SAINS SUKAN TAHAP II,

5 – 10 oktober 2020 Kompleks Olahraga, Perbadanan Stadium Johor

Tempat: Kompleks Olahraga, Perbadanan Stadium Johor, Johor.

Kursus ini dihadiri seramai 27 orang peserta yang terdiri daripada 22 orang lelaki dan 5 orang wanita dari kalangan jurulatih tempatan, atlet MSN Johor dan orang awam dari sekitar Johor yang dikelolakan oleh Majlis Sukan Negeri Johor dengan kerjasama Akademi Kejurulatihan Kebangsaan (AKK), Institut Sukan Negara. Kursus ini telah dirasmikan oleh Pegawai Belia dan Sukan MSN Johor En. Mohamad Syafiq Bin Hassan yang sudi meluangkan masa memberi amanat dan kata-kata semangat kepada para peserta ketika kursus berlangsung.

Sebanyak 11 subjek pembelajaran telah ditekankan di dalam kursus ini iaitu, Falsafah Sukan, Sukan Di Malaysia, Kompetensi Kejurulatihan, Suaian Fizikal, Biomekanik, Tingkah Laku Motor, Pemakanan Sukan, Anti-Doping, Perubatan Sukan, Psikologi Sukan serta Anatomi dan Fisiologi Sukan.

Kursus ini telah berlangsung dengan baik sepanjang tempoh 6 hari tersebut. Pihak AKK mengucapkan selamat maju jaya kepada semua peserta kursus.

GALERI

Kongsikan Artikel :

Share on facebook
Facebook
Share on email
Email
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp

AKADEMI KEJURULATIHAN KEBANGSAAN
Institut Sukan Negara Malaysia
Kompleks Sukan Negara
Bukit Jalil 57000 Kuala Lumpur.

Previous
Next

@ HakCipta Terpelihara Akademi Kejurulatihan Kebangsaan 2020.