kursus sains sukan (kss)

KURSUS SAINS SUKAN TAHAP I,

28 SEPT – 2 oktober 2020 POLITEKNIK SEBERANG PERAI, PULAU PINANG

Tempat: Politeknik Seberang Perai , Pulau Pinang

Kursus Sains Sukan Tahap I anjuran Kementerian Pendidikan Malaysia dengan kerjasama Akademi Kejurulatihan Kebangsaan (AKK), ISN telah dilaksanakan dengan jayanya sepanjang 5 hari yang disertai oleh 52 orang guru-guru sekolah di sekitar Pulau Pinang.

Pelaksanaan kursus ini telah mencapai objektif antaranya adalah memberi pendedahan dan mengukuhkan lagi ilmu sains sukan ketika sesi pembelajaran dan pengajaran di sekolah kelak. Kursus Sains Sukan yang telah dianjurkan turut membuka peluang kepada para peserta secara tidak langsung untuk menjadi jurulatih sukan kelak sekaligus menyemarakkan lagi budaya sukan di kalangan rakyat Malaysia.

Pihak AKK dan ISN mengucapkan tahniah dan selamat maju jaya kepada semua peserta yang terlibat dan harapannya para peserta juga dapat mengaplikasikan ilmu yang telah diberikan dalam tugasan seharian.

GALERI

Kongsikan Artikel :

Share on facebook
Facebook
Share on email
Email
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp

AKADEMI KEJURULATIHAN KEBANGSAAN
Institut Sukan Negara Malaysia
Kompleks Sukan Negara
Bukit Jalil 57000 Kuala Lumpur.

Previous
Next

@ HakCipta Terpelihara Akademi Kejurulatihan Kebangsaan 2020.