kursus sains sukan (kss)

KURSUS SAINS SUKAN TAHAP I,

10 – 14 OGOS 2020 Kompleks Rakan Muda Kuala Pilah, Negeri Sembilan

Tempat: Kompleks Rakan Muda Kuala Pilah, Negeri Sembilan

Kursus Sains Sukan Tahap I, kod kursus : I (18) 2020 telah berlangsung dengan jayanya pada 10 hingga 14 Ogos 2020 bertempat di Kompleks Rakan Muda Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Program Anjuran Jabatan Belia Dan Sukan Negara dengan kerjasama Akademi Kejurulatihan Kebangsaan ini dilakukan dalam suasana yang sangat menitikberatkan SOP penganjuran yang telah ditetapkan.

Program yang di peringkat awal akan disertai seramai 40 orang peserta telah dikurangkan penyertaan kepada 20 orang sahaja bagi kesesuaian fasiliti dalam usaha mengekalkan amalan penjarakan sosial. Seramai 17 orang peserta wanita dan 3 orang peserta lelaki terlibat dalam kursus selama lima hari ini di mana setiap peserta merupakan instruktur kecergasan di bawah program JBSN.

Setiap peserta telah didedahkan dengan aspek-aspek sains sukan seperti Pemakanan Sukan, Anatomi dan Fisiologi Sukan. Peserta turut didedahkan dengan ilmu-ilmu Kompetensi Kejurulatihan dan Anti-Doping.

Diharapkan peserta kursus mendapat ilmu yang telah dikongsikan oleh setiap penceramah seterusnya mengaplikasikan dalam program latihan agar pendekatan aspek sains sukan ini dapat dibudayakan dalam segenap lapisan masyarakat.

GALERI

Kongsikan Artikel :

Share on facebook
Facebook
Share on email
Email
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp

AKADEMI KEJURULATIHAN KEBANGSAAN
Institut Sukan Negara Malaysia
Kompleks Sukan Negara
Bukit Jalil 57000 Kuala Lumpur.

Previous
Next

@ HakCipta Terpelihara Akademi Kejurulatihan Kebangsaan 2020.