IMG 3347

Warga AKK basmi wabak Denggi

Gymnasium 3, Bukit Jalil: Sejajar dengan seruan YB Brig Gen Khairy Jamaluddin, Menteri Belia dan Sukan bagi membasmi denggi yang semakin membimbangkan warga sukan terutama di kawasan Bukit Jalil ini. Penularan wabak ini yang semakin meningkat melibatkan staf ISN dan MSN, jurulatih serta atlet amatlah berbahaya dan mendatangkan mudarat kesihatan malahan nyawa kepada mereka. Oleh yang demikian, pihak AKK ISN memandang serius berkaitan perkara ini dan turut serta dalam program mencegah denggi serta mengambil langkah awal membersihkan kawasan persekitaran agar wabak ini tidak berlarutan. Sikap para pegawai dan anggota yang bekerjasama dalam mendokong usaha yang telah dimulakan oleh pihak berwajib sedikit sebanyak dapat membantu secara tidak langsung. Diharap usaha ini berterusan sehingga tiada lagi wabak Denggi.