WhatsApp Image 2018 03 21 At 9.14.48 AM(1)

PROGRAM FACE – INTRODUCTION TO SPORTS MASSAGE DI JOHOR

Larkin, 10 MAC; Kursus ini dihadiri seramai 28 orang peserta yang terdiri daripada kalangan jurulatih dibawah Progam SUKMA, Pelapis Negeri dan orang awam yang dikelolakan oleh Majlis Sukan Negeri Johor bertempat di Pejabat Mara Negeri Johor, Bangunan Plaza Larkin, Larkin, Johor.

Sebanyak 8 topik ditekankan didalam kursus ini dan disertakan bersama praktikal agar pembelajaran yang diberikan mudah di fahami. Penekanan subjek ini menjurus kepada kemahiran secara teknikal dan praktikal yang boleh ditekankan oleh jurulatih semasa dan selepas latihan.

Pihak Akademi Kejurulatihan Kebangsaan telah melantik Dr Lim Boon Hooi iaitu Pensyarah Senior dari Universiti Malaya (UM) bagi menyampaikan input-input sains sukan dan kemahiran sebagai ‘massuer’ kepada semua peserta.

Kursus ini telah berlansung dengan jayanya dimana semua peserta diberikan sijil penyertaan bagi program yang disertai.