Kuching Tahap III (18)

KURSUS SAINS SUKAN TAHAP III DI SARAWAK

23 JULAI, KUCHING: Kursus Sains Sukan Tahap III Di Kuching, Sarawak anjuran Majlis Sukan Negeri Sarawak dengan kerjasama pihak AKK sedang berlangsung dari 23 – 28hb Julai 2018 iaitu selama 6 hari. Kursus berlangsung dengan jayanya dimana seramai 27 orang jurulatih lantikan MSN Sarawak yang komited telah menyertai bagi menambahkan ilmu Sains Sukan yang lebih dalam bertujuan untuk diaplikasikan di dalam bidang sukan masing-masing dan sekaligus menyediakan diri mereka untuk menghadapi halangan SUKMA yang akan membuka tirai di perak pada bulan September nanti.

Turut menjayakan kursus ini adalah kehadiran tenaga pengajar yang sangat berpengalaman dalam bidang Sains Sukan dan Kejurulatihan iaitu En. Dana Raja (IPG), Dr. Chin Ngieng Siong (IPG), En. Gordon Nicolaus (UiTM), Dr. Pathmanathan (UMS), En. Lim Eng Hooi (IPG), PM Dr. Nik Shanita (UKM) dan Dr. Balbir Singh (berpengalaman dalam bidang Kejurulatihan dan Hoki). Kursus ini akan berakhir dengan sesi ujian objektif dan lisan pada hari terakhir kursus dan akan disambung semula 3 bulan selepas kursus bagi sesi terakhir iaitu sesi VIVA.