IMG 4903

KURSUS SAINS SUKAN TAHAP III DI PULAU PINANG

BATU UBAN, 12 MAC; Kursus ini telah dihadiri seramai 28 orang peserta yang terdiri di kalangan jurulatih SUKMA, jurulatih NFDP, jurulatih tempatan, staff MSNPP dan USPTN serta guru. Kursus berlangsung selama 6 hari bermula pada 12 – 17 Mac 2018 ini telah dianjurkan oleh Pihak Majlis Sukan Negeri P.Pinang dengan kerjasama oleh Akademi Kejurulatihan Kebangsaan, Institut Sukan Negara.

 Pihak Akademi telah melantik 9 orang tenaga pengajar bagi kursus ini terdiri daripada En. Mustaffa, En. Madiyalagan, Puan Norlizah, PM Dr Jeffrey, En. Soma Sundram, PM Dr. Nik Shanita, Brig. Jen. Dr. Zainal, PM Dr. Nur Ikhwan dan PM Dr. Nelfianty. Sebanyak 10 subjek pembelajaran telah diajar bagi kursus ini merangkumi subjek Falsafah Sukan, Sukan Di Malaysia, Kompetensi Kejurulatihan, Anatomi dan Fisiologi Sukan, Perubatan Sukan, Pemakanan Sukan, Suaian Fizikal, Biomekanik, Tingkah Laku Motor serta Psikologi Sukan. Kursus turut meriah dengan kehadiran En. Frederick Tan, Ketua Pengarah MSN P.Pinang.

Sesi terakhir selepas peperiksaan merupakan sesi oral iaitu sidang media yang dikendalikan oleh PM Dr. Nik Shanita dan PM Dr. Nelfianty. Semoga semua peserta bersedia dan jumpa pada sesi VIVA nanti pada bulan JUN nanti!