MAIN

KURSUS SAINS SUKAN TAHAP III DI JOHOR

SSTMI  Bandar Penawar Johor, 21 MEI;  Pada 21 hingga 26 berlansungnya Kursus Sains Sukan Tahap III dimana kursus ini telah dirasmikan oleh Pngetua SSTMI sendiri En. Suhaimi Sun bin Abdullah dan turut dihadiri Ketua Pusat Pensijilan dan Pelesenan AKK, En. R. Vivekanandan bagi memberi taklimat berkenaan kursus yang akan berjalan. Seramai 23 orang peserta telah melibatkan diri di dalam kursus ini dimana rata-ratanya adalah guru SSTMI sendiri dan turut mengikuti kursus ini adalah 2 orang pegawai ISN Negeri Johor.

Kursus akan berlansung selama 6 hari termasuk hari peperiksaan dimana semua subjek Sains Sukan dalam kursus ini diajar oleh tenaga pengajar yang berpengalaman dan berpengetahuan tinggi seperti En. Loh Ai Min (Falsafah Sukan &Sukan Di Malaysia), Prof Dr. Abdul Hafidz (Kompetensi Kejurulatihan), YBhg. Mejar Jeneral Dato’ Dr. Mohd Zin (Perubatan Sukan), En. Syahrul Ridhwan (Anatomi dan Fisiologi), En. Pharmy (Biomekanik), Dr. Asha Hasnimy (Pemakanan Sukan), Dr. Hadafi (Suaian Fizikal), Dr. Lim Boon Hooi (Tingkahlaku Motor) dan akhir sekali Dr. Balbir Singh (Psikologi Sukan). Pada hari keenam kursus akan berlansungnya peperiksaan objektif dan ujian oral atau maklumbalas media dimana Dr. Lim dan Dr. Balbir Panel, Penasihat Akademik AKK dilantik menjadi panel untuk ujian oral atau maklumbalas media tersebut.