KSS Tahap III

KURSUS SAINS SUKAN TAHAP III DI ISN BUKIT JALIL

 

 

Bukit Jalil, 16 Januari: Seawal bulan Januari, pihak Akademi Kejurulatihan Kebangsaan telah menganjurkan Kursus Sains Sukan bagi Tahap III yang memberi peluang kepada para jurulatih untuk menuntut ilmu sains sukan pada tahap terakhir dalam kursus ini. Kursus akan berlangsung selama 6 hari dan berakhir pada hari Sabtu bagi sesi Ujian. Seramai 38 orang peserta hadir adalah merupakan jurulatih kebangsaan, jurulatih negeri dan juga jurulatih persendirian. Selepas kursus ini, para peserta akan berkumpul semula pada sesi VIVA pada bulan April nanti. Diharap lebih ramai jurulatih yang terus mencapai tahap ini agar mutu kejurulatihan di negara kita dapat dipertingkatkan lagi dari sudut elemen sains sukan dalam kejurulatihan.