KSS ISN LVL3 (5)

KURSUS SAINS SUKAN TAHAP III DI ISN BUKIT JALIL

 BUKIT JALIL, 22 JANUARI; Kursus ini telah dihadiri seramai 38 orang peserta yang terdiri di kalangan jurulatih tempatan, atlet negara, guru, bekas atlet, orang awam dan seorang peserta rakyat Singapura. Kursus berlangsung selama 5 hari bermula pada 22 – 27 Januari 2017 ini telah dianjurkan oleh Akademi Kejurulatihan Kebangsaan, Institut Sukan Negara.

 Pihak Akademi telah melantik 9 orang tenaga pengajar bagi kursus ini terdiri daripada Datuk Marina Chin, Prof. Madya Dr Tengku Fadilah, Prof Madya Dr Jeffrey, Prof Madya Dr Nik Shanita, Brig. Jen. Dr Zainal, Dr Mazlan, Dr Saju Joseph, En. M.P Haridas dan En Tan Chek Hiong.   Sebanyak 10 subjek pembelajaran telah diajar bagi kursus ini merangkumi Sport Phylosophy, Sports In Malaysia, Coaching Competency, Anatomy  & Sports Physiology, Motor Behaviour, Biomechanics, Sports Nutrition, Sports Medicine dan Physical Conditioning.

Pada hari terakhir kursus peserta perlu menjalani peperiksaan objektif dan juga peperiksaan oral. Seramai 2 orang pemeriksa telah dilantik yang terdiri oleh Prof Madya Dr Jeffrey dan Prof Madya Dr Nik Shanita. Secara keseluruhan kursus ini berjalan lancar dan berharap para peserta akan lulus dengan jayanya pada sesi VIVA nanti.

 

*Credit foto to MHZ