WhatsApp Image 2017 07 26 At 10.42.52 AM

KURSUS SAINS SUKAN TAHAP II DI TERENGGANU

MSN TERENGGANU, 16 JULAI; Kursus ini dihadiri seramai 37 orang peserta yang terdiri daripada kalangan jurulatih tempatan, para guru, pelajar serta orang awam dari sekitar daerah Terengganu, Pahang dan Kuala Lumpur yang dikelolakan oleh Majlis Sukan Negeri Terengganu dengan kerjasama Akademi Kejurulatihan Kebangsaan.

 Sebanyak 10 subjek pembelajaran telah ditekankan di dalam kursus ini iaitu, Falsafah Sukan, Sukan Di Malaysia, Kompetensi Kejurulatihan, Suaian Fizikal, Biomekanik, Tingkah Laku Motor, Pemakanan Sukan, Perubatan Sukan, Psikologi Sukan serta Anatomi dan Fisiologi Sukan.

Seramai 31 orang lelaki dan 6 perempuan dari pelbagai kaum iaitu Melayu (35) dan India (2) orang. Jurulatih sepenuh masa di bawah lantikan MSN Terengganu adalah seramai 12 orang. Kursus ini telah berlangsung dengan jayanya selama 6 hari.