AKK BSKPM Tahap II Gambang (TAJUK)

KURSUS SAINS SUKAN TAHAP II DI SSMP GAMBANG

GAMBANG, 9 APRIL; Bahagian Sukan, Kementerian Pendidikan Malaysia (BSKPM) dengan kerjasama Akademi Kejurulatihan Kebangsaan (AKK), ISN telah menganjurkan Kursus Sains Sukan Tahap II di Sekolah Sukan Malaysia Pahang, Gambang. Kursus yang berlangsung selama 6 hari ini dihadiri oleh guru-guru dari seluruh negara iaitu seramai 25 orang dan akan berakhir pada hari Jumaat ini. Rata-rata guru telah mempunyai Lesen C (SLKK) dan berpengalaman luas dalam bidang sukan masing-masing.

Para peserta kursus kali ini berpeluang masuk ke Makmal Perubatan di Kolej Widad Kuantan bagi subjek Anatomi dan Fisiologi Sukan serta Perubatan Sukan di bawah tunjuk ajar Mejar Jeneral Prof. Dato’ Dr. Mohd Zin Bidin seterusnya dapat mengamati secara nyata struktur tulang dan otot dari model subjek yang telah diawet malah turut mengikuti lima sesi praktikal bagi merawat kecederaan. Tenaga pengajar juga terdiri daripada En. Wan Azmanan, Pn. Mohalijah, En. Hasan, En. Zolkifli serta PM Dr. Mohd. Razali. Diharap kerjasama ini dapat memberi manfaat secara menyeluruh kepada semua peserta kursus dalam menjadi jurulatih yang berpengetahuan dari segi amalan Sains Sukan untuk dikongsi kepada para atlet selepas kursus nanti.