WhatsApp Image 2017 06 16 At 8.17.17 AM

KURSUS SAINS SUKAN TAHAP II DI SARAWAK

Kursus ini dihadiri seramai 47 orang peserta yang terdiri daripada kalangan jurulatih tempatan, para guru, pelajar serta orang awam dari sekitar negeri Sarawak yang dikelolakan oleh Majlis Sukan Negeri Sarawak di Bilik Mesyuarat, Pusat Akuatik Pandalela Rinong, Petrajaya, Sarawak.

 Sebanyak 10 subjek pembelajaran telah ditekankan di dalam kursus ini iaitu, Falsafah Sukan, Sukan Di Malaysia, Kompetensi Kejurulatihan, Suaian Fizikal, Biomekanik, Tingkah Laku Motor, Pemakanan Sukan, Perubatan Sukan, Psikologi Sukan serta Anatomi dan Fisiologi Sukan.

Seramai 6 orang penceramah telah dilantik oleh Pihak Akademi bagi kursus kali ini terdiri daripada Dr. Chin Ngien Siong, Dr. Pathmanathan, En. Dana Raja, En. Gordon Nicolous, En. Mohd Rizal dan En. Lim Eng Hooi bagi menyampaikan input-input sains sukan kepada semua peserta.