KSS MIRI TAHAP II (2)

KURSUS SAINS SUKAN TAHAP II DI SARAWAK

MIRI, 9 APRIL: Seramai 28 orang peserta telah menyertai kursus ini dan rata-ratanya terdiri dari golongan jurulatih MSNg , jurulatih tempatan, para guru, bekas atlet dan juga penggiat sukan. Kursus berlangsung selama 6hari dan berakhir dengan sesi peperiksaan pada sebelah pagi Sabtu (14 April) di Pustaka Negeri Sarawak, Miri.

Pihak Instruktur juga banyak membantu dari segi perkongsian ilmu secara teori dan juga praktikal dan memberi impak dalam perancangan para peserta dalam membentuk program latihan yang lebih baik. Moga semua peserta dapat lulus dengan jayanya bagi terus melangkah ke Kursus Sains Sukan Tahap 3. Berusahalah!