KSS Likas Level II (7)

KURSUS SAINS SUKAN TAHAP II DI SABAH

LIKAS, 23 JULAI; Satu Kursus Sains Sukan Tahap II telah dihadiri seramai 50 orang peserta yang terdiri di kalangan jurulatih SUKMA, jurulatih tempatan, staff MSNS serta guru yang kekal fokus dalam menelaah ilmu Sains Sukan pada tahap seterusnya. Kursus ini berlangsung selama 6 hari bermula pada 23 – 28 Julai 2018 telah dianjurkan oleh Pihak Majlis Sukan Negeri Sabah dengan kerjasama oleh Akademi Kejurulatihan Kebangsaan, Institut Sukan Negara.

Pihak Akademi telah melantik 9 orang tenaga pengajar bagi kursus ini terdiri daripada Dr. Mohamad Nizam, En. Dzul Fikar, En. Ravi, Cik Stephanie, Pn. Nursyaditina Ain, En. Rizal, dan Dr. Pathmanathan. Sebanyak 10 subjek pembelajaran telah diajar bagi kursus ini merangkumi subjek Falsafah Sukan, Sukan Di Malaysia, Kompetensi Kejurulatihan, Anatomi dan Fisiologi Sukan, Perubatan Sukan, Pemakanan Sukan, Suaian Fizikal, Biomekanik, Tingkah Laku Motor serta Psikologi Sukan.

Kursus bakal turut meriah dengan kehadiran En. Terrance Edward Pudin, Pengarah Majlis Sukan Negeri Sabah dan Yang Berbahagia, Datuk  Hj Awang Damit bin Ag Anak, Setiausaha Tetap KBS Sabah pada majlis penutupan kursus ini. Semoga semua peserta lulus dengan cemerlang dalam membantu memajukan mutu sukan di negeri Sabah secara langsung dan negara kita, Malaysia!