WhatsApp Image 2017 08 14 At 9.09.03 PM

KURSUS SAINS SUKAN TAHAP II DI KELANTAN

KOTA BHARU, KELANTAN 14 OGOS: Minggu ini telah berlangsungnya Kursus Sains Sukan Tahap II di Akademi Pengangkutan Jalan Wilayah Timur Kota Bharu. Hasil kesinambungan daripada Kursus Sains Sukan Tahap I yang berlansung pada tahun 2016 dan 2017 telah membawa seramai 41 peserta telah melibatkan diri dan menyertai Kursus Tahap II bagi menaiktaraf diri mereka sendiri sebaris dengan jurulatih-jurulatih yang berpengetahuan dalam ilmu Sains Sukan dan berpengalaman dalam bidang sukan masing-masing.

Penganjuran Kursus Sains Sukan pada tahun ini adalah kali yang kedua dianjurkan oleh Majlis Sukan Negeri Kelantan dengan kerjasama Akademi Kejurulatihan Kebangsaan telah membawa seramai 8 orang tenaga pengajar yang sangat berpengetahuan dan berpengalaman luas dalam bidang Sains Sukan diantaranya adalah PM Dr. Nik Shanita (KL) , En. Wan Azamanan (Kelantan), PM Zulkifli Abd. Kadir (Selangor), PM Dr. Mohamad Razali (Terengganu), En. Hasan Nor (Kelantan), PM Dr. Hairul Anuar (Kelantan), Dr. Mohd Nidzam (Kelantan) dan Brigadier Jeneral Dr. Zainal Othman (Melaka). Kesemua tenaga pengajar ini telah berkongsi serta mencurahkan segala ilmu pengetahuan dan pengalaman mereka kepada kesemua peserta kursus kali ini.