KSS TAHAP II KEDAH 2018 (12)

KURSUS SAINS SUKAN TAHAP II DI KEDAH

ALOR SETAR, 4 FEBRUARI: Negeri Kedah menjadi negeri pertama bagi penganjuran Kursus Sains Sukan bagi Zon Utara. Kursus ini dihadiri seramai 32 orang peserta yang terdiri daripada 24 orang peserta lelaki dan 8 orang peserta perempuan di kalangan jurulatih tempatan, guru, bekas pemain dan orang awam yang bertempat di Kompleks Belia dan Sukan, Kedah. Kursus berlangsung selama 6 hari meliputi dua sesi iaitu teori dan paktikal yang dikendalikan oleh Majlis Sukan Negeri Kedah dengan kerjasama Akademi Kejurulatihan Kebangsaan.

 Kursus ini berlangsung dengan jayanya hasil daripada tenaga pengajar yang berpengalaman dan kerjasama yang baik daripada semua peserta kursus. Moga kesemua peserta dapat lulus dengan cemerlang dan bertemu pada kursus Tahap III kelak. Semoga berjaya!