DSC 5171

KURSUS SAINS SUKAN TAHAP II DI JOHOR

JOHOR, 26 MAC: Kursus ini telah dianjurkan bermula 26 hingga 31 Mac 2017 bertempat di Akademi Tenis Taman Perling, Perbadanan Stadium Johor dan dihadiri seramai 27 orang peserta yang terdiri di kalangan jurulatih tempatan, jurulatih Kita Juara, Pegawai Sukan, Guru dan Bekas Atlet Negara. Kursus berlangsung selama 6 hari mengikut tarikh diselaraskan oleh Majlis Sukan Negeri Johor dengan kerjasama pihak Akademi Kejurulatihan Kebangsaan (AKK).

Kursus ini dikendalikan oleh 7 orang tenaga pengajar yang berpengalaman dan telah lama berkecimpung dalam pengendalian Kursus Sains Sukan dan juga kejurulatihan iaitu Prof. Dr Abdul Hafidz, Dr. Hadafi, Dr. Kamaruzaman, Dr. Izwyn, En. Loh Ai Min, En Syahrul dan En Sallehudin.