KSS TAHAP II – JOHOR (10)

KURSUS SAINS SUKAN TAHAP II DI JOHOR

UNIKL Johor,23 Mei 2018: Telah berlansungnya Kursus Sains Sukan Tahap II anjuran Majlis Sukan Negeri Johor. Kursus dibulan Ramadhan ini telah disertai seramai 34 orang peserta yang rata-ratanya adalah Jurulatih MSNg, Jurulatih Luar, Pegawai Sukan dan org awam yang berminat mendalami ilmu Sains Sukan ke peringkat seterusnya. Peserta-peserta yang menyertai kursus kali ini ramai dari kalangan peserta yang lulus Kursus Sains Sukan Tahap I pada bulan Mac 2018 yang lepas dimana kebanyakan dari mereka tidak ingin melepaskan peluang untuk menimba ilmu dan mendapatkan pentauliahan ke Tahap 2.

Kursus kali ini telah dijayakan oleh tenaga-tenaga pengajar yang bertauliah antaranya ialah En. Loh Ai Min, En. Syahrul Ridhwan, Prof Dr. Abdul Hafidz, Dr. Izwyn, Dr. Kamaruzaman, Dr. Hadafi Fitri dan Dr. Asha Hasminy yang rata-ratanya adalah pensyarah dari UTM. Kursus ini telah berlansung dengan jayanya.