Cover

KURSUS SAINS SUKAN TAHAP II DI JOHOR

UTM SKUDAI JOHOR, 24 SEPTEMBER: Kursus ini dihadiri seramai 39 orang peserta yang terdiri daripada 25 orang peserta lelaki dan 14 orang peserta perempuan di kalangan jurulatih tempatan, guru, bekas pemain dan orang awam. Kursus berlangsung selama 6 hari yang dikendalikan oleh Majlis Sukan Negeri Johor dengan kerjasama Akademi Kejurulatihan Kebangsaan.

 Kursus berlangsung dengan jayanya hasil daripada tenaga pengajar yang berpengalaman dan kerjasama yang baik dari para peserta kursus.