KSS Tahap II

KURSUS SAINS SUKAN TAHAP II DI ISN BUKIT JALIL

 

 

Bukit Jalil, 16 Januari : Minggu ini telah berlangsungnya Kursus Sains Sukan Tahap II anjuran Akademi Kejurulatihan Kebangsaan bertempat di Dewan Perdana, ISN Bukit Jalil. Kehadiran 56 orang peserta yang terus menuntut ilmu Sains Sukan bagi tahap seterusnya dilihat memberi impak positif dalam bidang kejurulatihan di Malaysia. Rata-rata peserta terdiri di kalangan jurulatih Majlis Sukan Negara (MSN), jurulatih separuh masa, atlet-atlet, guru, serta pelajar dari IPTA dan IPTS. Kursus berlangsung selama 5 hari sehingga hari pserta akan diuji pada hari terakhir iaitu hari Jumaat. Moga para peserta terus positif , kekalkan momentum dan jumpa lagi pada Kursus Sains Sukan Tahap III.