KSS THP II – ISN (6)

KURSUS SAINS SUKAN TAHAP II DI BUKIT JALIL

BUKIT JALIL, 21 MEI; Akademi Kejurulatihan Kebangssan telah menganjurkan Kursus Sains Sukan Tahap II di Dewan Perdana ISN Bukit Jalil pada 21-26 Mei 2018. Kursus ini telah menarik minat seramai 43 orang peserta yang turut juga terdiri dari mereka yang terlibat secara langsung dan tidak langsung bidang kejurulatihan seperti pegawai sukan, fisioterapi, guru dan juga termasuk jurulatih dan atlet negara. Kursus ini juga turut menarik minat seorang jurulatih dari Indonesia yang datang ke Malaysia semata-mata untuk menghadiri kursus ini. Walaupun kursus ini dijalankan ketika Ramadan ianya tidak menghalang peserta untuk menjalankan aktiviti di dalam kelas mahupun aktiviti fizikal di luar kelas seperti subjek Suaian Fizikal.

Kursus kali ini telah dijayakan oleh tenaga-tenaga pengajar adalah terdiri daripada En. Nagoor Meera Abdullah, En. M.P Haridas D. Menon, En. Manshahar Abdul Jalil, Puan Azimah Ahmad, Dr Anuar Suun, En. Mohd Nadzrin Mohd Hamdan, Dr. Lim Boon Hooi, Dr. Mazlan Ismail dan En Ruji Sompong. Kursus ini telah berlansung dengan jayanya.