IMG 4914

KURSUS SAINS SUKAN TAHAP I DI TERENGGANU

GERBANG SUKAN, 26 MAC : Pihak Majlis Sukan Negeri Terengganu telah menganjurkan Kursus Sains Sukan ini dengan kerjasama Akademi Kejurulatihan Kebangsaan (AKK) di sini selama 5 hari yang melibatkan 56 orang peserta rata-ratanya adalah guru, pelajar, jurulatih dan pegawai sukan.

Tenaga pengajar yang menjayakan kursus ini adalah En. Hasan, En. Wan Azmanan, Pn Hamilia, Dr. Nidzam, PM Dr. Razali, PM Dr. Hairul Anuar dan En. Zolkifli dan diselaras oleh Pegawai MSNG En. Rosdi dan Pn. Rozi serta Pegawai AKK, En. Faizal.