KSS LVL I SARAWAK (11)

KURSUS SAINS SUKAN TAHAP I DI SARAWAK

KUCHING, 21 JANUARI; Kursus ini telah dihadiri seramai 113 orang peserta yang terdiri di kalangan jurulatih tempatan, para guru, bekas atlet, orang awam dan seorang peserta rakyat Perancis. Kursus berlangsung selama 5 hari bermula pada 21 – 26 Januari 2017 ini telah dianjurkan oleh Pihak Majlis Sukan Negeri Sarawak dengan kerjasama oleh Akademi Kejurulatihan Kebangsaan, Institut Sukan Negara di Hotel Regal Court.

 Pihak Akademi telah melantik 5 orang tenaga pengajar bagi kursus ini terdiri daripada En. Dana Raja, Dr. Chin Ngien Siong, En. Lim Eng Hooi, Dr. Pathmanathan dan En. Gordon Nicolous. Sebanyak 10 subjek pembelajaran telah diajar bagi kursus ini merangkumi subjek Falsafah Sukan, Sukan Di Malaysia, Kompetensi Kejurulatihan, Anatomi dan Fisiologi Sukan, Perubatan Sukan, Pemakanan Sukan, Suaian Fizikal, Biomekanik, Tingkah Laku Motor serta Psikologi Sukan.

Majlis penutupan kursus ini telah dihadiri oleh YBhg. Datuk Snowdan Lawan yang merupakan Menteri Muda Sukan Sarawak dan diiringi oleh Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Sukan Sarawak/ Pengarah Majlis Sukan Negeri Sarawak iaitu Dr. Ong Kong Swee.