KSS LVL I – KUCHING (main)

KURSUS SAINS SUKAN TAHAP I DI SARAWAK

KUCHING, 26 JUN; Kursus Sains Sukan Tahap 1 telah berlangsung di Stadium Perpaduan Petra Jaya, Kuching Sarawak selama lima hari bermula pada 26 – 30 Jun 2018. Kursus sedang berjalan dengan lancar dan baik pada masa ini. Peserta terdiri daripada Jurulatih – jurulatih tempatan, guru – guru, atlet tempatan dan pelajar – pelajar Perguruan Kejurulatihan. Kursus ini dijalankan dengan kerjasama pihak MSN Sarawak dan juga Akademi Kejurulatihan Kebangsaan (AKK), Institut Sukan Negara.

Lebih menarik lagi tenaga-tenaga pengajar juga terdiri daripada tenaga pengajar yang berpengalaman iaitu Dr. Chien Ngien Siong, En. Dana Raja, Dr. Pathmanathan, En. Gordon Nicolaus dan juga En. Lim Eng Hooi. Semoga berjaya diucapkan kepada peserta – peserta yang terpilih mengikuti kursus ini dalam peperiksaan kelak!