KSS Tahap 1 Bintulu – Sarawak (8)

KURSUS SAINS SUKAN TAHAP I DI SARAWAK

BINTULU, 7 FEBRUARI: Kursus Sains Sukan Tahap I di Bintulu, Sarawak telah bermula pada 7hb dan berakhir pada 11hb Februari dimana seramai 46 peserta yang disertai oleh jurulatih-jurulatih di negeri Sarawak bahagian Bintulu, pegawai-pegawai kerajaan, siswa dan siswazah universiti tempatan dan juga orang tempatan. Seramai 5 orang tenaga pengajar telah dijemput bagi melengkapkan perkongsian ilmu kepada jurulatih, dan antara tenaga pengajar yang telah dijemput ialah En. Ling Chung Yeo (IPG), En Mohd Rizal (ISN), Dr. Pathmanathan (UMS), En. Gordon Nicolaus (UITM) Dan En. Lim Eng Hooi (Jurulatih Olahraga Sarawak).

Kursus ini telah memberi peluang kepada jurulatihjurulatih di bahagian Bintulu untuk mempelajari ilmu sains sukan dan memperaktikkan ilmu tersebut didalam sukan yang mereka latih atau ceburi. Semoga kerjasama antara Majlis Sukan Negeri Sarawak dan pihak AKK berterusan demi melahirkan lebih ramai    para jurulatih yang bertauliah.