IMG 3685

KURSUS SAINS SUKAN TAHAP I DI SANDAKAN, SABAH

Sandakan,13 Februari: Kursus ini dihadiri seramai 71 orang peserta yang terdiri di kalangan jurulatih tempatan, pegawai sukan, guru, bekas pemain dan orang awam. Kursus berlangsung selama 5 hari yang dikendalikan oleh MAJLIS SUKAN NEGERI SABAH dengan kerjasama pihak AKADEMI KEJURULATIHAN KEBANGSAAN.

Kursus ini disambut meriah bagi kalangan para jurulatih dan sedikit sebanyak memberi semangat bagi menjalani setiap ujian dan tugasan yang diberikan dengan jayanya. Sesi pembelajaran digunakan sepenuhnya oleh jurulatih bagi memahami aplikasi sains sukan di dalam latihan mereka dengan tujuan meningkatkan prestasi atlet mereka.