WhatsApp Image 2017 07 19 At 10.37.21 PM

KURSUS SAINS SUKAN TAHAP I DI SABAH

 

TAWAU, 17 JULAI; Kursus ini dihadiri seramai 81 orang peserta yang terdiri daripada kalangan jurulatih tempatan, para guru, pelajar serta orang awam dari sekitar daerah Tawau dan Negeri Sabah yang dikelolakan oleh Majlis Sukan Negeri Sabah dengan kerjasama Kementerian Belia dan Sukan Sabah.

 Sebanyak 10 subjek pembelajaran telah ditekankan di dalam kursus ini iaitu, Falsafah Sukan, Sukan Di Malaysia, Kompetensi Kejurulatihan, Suaian Fizikal, Biomekanik, Tingkah Laku Motor, Pemakanan Sukan, Perubatan Sukan, Psikologi Sukan serta Anatomi dan Fisiologi Sukan.

Seramai 7 orang penceramah telah dilantik oleh Pihak Akademi Kejurulatihan Kebangsaan bagi kursus kali ini terdiri daripada Dr. Nizam, Dr. Pathmanathan, En. Ravi Margapandu, En. Irwan Isdup, En. Mohd Rizal, En, Dzul Fikar dan Pn. Nursyaditina Ain bagi menyampaikan input-input sains sukan kepada semua peserta.

Kursus ini telah dirasmikan oleh Pembantu Menteri Belia dan Sukan Negeri Sabah, YB. Datuk Masiung Banah dan ditemani bersama Pengarah Majlis Sukan Negeri Sabah YBhg. En. Terrance Edward Pudin pada 17 Julai 2017 (Isnin).