KK SABAH LVL I (19)

KURSUS SAINS SUKAN TAHAP I DI SABAH

KOTA KINABALU, 2 APRIL; Telah berlansungnya buat kali kedua Kursus Sains Sukan Tahap I anjuran Majlis Sukan Negeri Sabah dengan kerjasama Akademi Kejurulatihan Kebangsaan, Institut Sukan Negara. Penganjuran kali ini disertai seramai 71 orang peserta di Negeri Dibawah Bayu yang rata-ratanya adalah jurulatih bagi negeri tersebut. Turut menjayakan kursus ini adalah tenaga pengajar lantikan AKK iaitu YM Raja Ismail (Sejarah & Falsafah Kejurulatihan), Dr. Nizam (Kompetensi Kejurulatihan), Gordon Nicolaus (Anatomi & Fisiologi, Perubatan Sukan & Psikologi Sukan), Dzul Fikar (Suaian Fizikal), Stephanie Chok (Pemakanan Sukan) dan Dr. Pathmanathan (Tingkahlaku Motor & Biomekanik) dan dibantu oleh pegawai dan anggota MSN Sabah.

Hari terakhir kursus turut dihadiri oleh Pengarah Majlis Sukan Negeri Sabah bagi merasmikan majlis penutupan kursus kali ini. Semoga semua peserta lulus dan berjaya!