WhatsApp Image 2017 07 18 At 5.06.55 PM

KURSUS SAINS SUKAN TAHAP I DI PULAU PINANG

Georgetown, 18 April: Pihak Bahagian Sukan, Kementerian Pendidikan Malaysia (BSKPM) dengan kerjasama Akademi Kejurulatihan Kebangsaan (AKK) telah menganjurkan Kursus Sains Sukan Tahap I yang akan berlangsung selama 5 hari berakhir Sabtu ini. Peserta merupakan guru-guru dari sekolah seluruh negara yang cenderung ke arah kejurulatihan.

Seramai 41 orang guru menyertai kursus ini bagi mendalami ilmu Sains Sukan. Kursus bertempat di Pusat Kecemerlangan Sukan, Westland, Pulau Pinang. Diharap dapatan ilmu pada kursus ini dapat membantu para guru dalam melahirkan potensi atlet yang berkualiti  dari peringkat sekolah lagi.

Moga guru terus maju dan teruskan perjuangan ke tahap seterusnya.