IMG 4240

KURSUS SAINS SUKAN TAHAP I DI PERLIS

KANGAR, 6 MAC: Penganjuran kursus ini dengan kerjasama pihak Majlis Sukan Negeri Perlis yang akan berlangsung selama 5 hari sehingga hari Jumaat. Kehadiran seramai 40 orang peserta terdiri di kalangan jurulatih negeri, guru, jurulatih sambilan, pelajar, bekas atlet dan juga orang awam.

Secara keseluruhan, peserta dilihat sangat memberi fokus dalam mempersiapkan diri dalam mendalami ilmu Sains Sukan. Tidak kurang juga peserta yang datang dari Pulau Pinang untuk menjayakan kursus di Bilik Mesyuarat Utama, MSN Perlis ini.