KSS Perlis – Tahap I 2018 (6)

KURSUS SAINS SUKAN TAHAP I DI PERLIS

KANGAR, 6 OGOS; Kursus Sains Sukan ini telah dianjurkan oleh pihak MSN Negeri Perlis dengan kerjasama pihak AKK bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, MSN Perlis. Kursus ini telah berlangsung selama 5 hari dimana para peserta akan menduduki ujian pada hari terakhir kursus.

Kursus ini telah dihadiri seramai 47 orang yang terdiri di kalangan staf dan jurulatih MSNg, jurulatih negeri, jurulatih NFDP, jurulatih tempatan, guru-guru serta penggiat sukan dalam memantapkan ilmu serta kefahaman dalam bidang Sains Sukan. Kebanyakan peserta kursus kali ini juga merupakan orang luar dari negeri Perlis seperti Kedah dan Pulau Pinang malah ada juga datang dari Kuala Lumpur serta Selangor.

Seramai 8 orang istruktur yang berpengalaman telah dilantik bagi berkongsi ilmu serta sesi soal jawab dalam memperhalusi ilmu yang dipelajari. Semoga semua peserta  lulus dengan cemerlang dalam memenuhi semua kriteria kursus ini dan jumpa lagi pada Kursus Sains Sukan Tahap Dua kelak.