IMG 4202

KURSUS SAINS SUKAN TAHAP I DI PERAK

IPOH, 6 MAC: Kursus Sains Sukan Tahap 1 ini telah dihadiri seramai 51 orang peserta yang terdiri di kalangan jurulatih tempatan, pegawai sukan, guru, bekas pemain dan orang awam. Kursus berlangsung selama 5 hari yang dikendalikan oleh Akademi Kejurulatihan Kebangsaan dengan kerjasama Majlis Sukan Negeri, Perak.

Di antara tenaga pengajar yang terlibat dalam kursus ini adalah En. Kanaisan a/l Kanapathy (IPG), Dr. Hadafi Fitri B. Mohd Latip (UTM), Dr. Asmad B. Ishak, Dr. Lee Ai Choo, Dr. Jeffery Low Fook Lee, Dr.Nelfianty Mohd Rashid. En. Hishamuddin Ahmad dan Encik Roshdan Ahmad daripada (UPSI)

Menerusi kursus ini peserta dapat memanafaatkan peluang untuk berinteraksi secara langsung dengan tenaga pengajar yang berpengalaman dengan kepakaran di dalam bidang masing-masing.