DSC 0270

KURSUS SAINS SUKAN TAHAP I DI PAHANG

KUBANG BUAYA, 26 FEBRUARI; Kursus ini telah dihadiri seramai 42 orang peserta yang terdiri di kalangan jurulatih tempatan, pensyarah dan guru, atlet, pelajar dan juga orang awam yang bertempat di Kolej Yayasan Pahang (KYP) Advance Skills. Kursus berlangsung selama 5 hari bermula pada 26 Februari – 2 Mac 2018 ini telah dianjurkan oleh Pihak Majlis Sukan Negeri Pahang dengan kerjasama oleh Akademi Kejurulatihan Kebangsaan, Institut Sukan Negara.

Pihak Akademi telah melantik 5 orang tenaga pengajar bagi kursus ini terdiri daripada En. Wan Azmanan, PM Dr. Mohamad Razali, En. Zolkifli, Pn. Hamilia Saili dan En. Mohd Rizal. Sebanyak 10 subjek pembelajaran telah diajar bagi kursus ini merangkumi subjek Falsafah Sukan, Sukan Di Malaysia, Kompetensi Kejurulatihan, Anatomi dan Fisiologi Sukan, Perubatan Sukan, Pemakanan Sukan, Suaian Fizikal, Biomekanik, Tingkah Laku Motor serta Psikologi Sukan.

Majlis penutupan kursus ini telah dihadiri oleh YBrs. Pn. Suriani binti Abdul Hamid, Penolong Pengarah Kanan MSP dan diiringi En. Mohd Norsham Nisam bin Abdul Malik, wakil Kolej Yayasan Pahang (KYP). Kursus tamat dengan sesi fotografi bersama para peserta. Semoga semua peserta lulus dan mara ke tahap seterusnya !