KSS THP I – N9 (4)

KURSUS SAINS SUKAN TAHAP I DI NEGERI SEMBILAN

Seremban 2, 5 Mac; Akademi Kejurulatihan Kebangsaan meneruskan penganjuran Kursus Sains Sukan Tahap I di Kompleks Sukan Tan Sri Dato’ Hj Mohd Said, Seremban 2. Kursus pada kali ini adalah dengan kerjasama Majlis Sukan Negeri Sembilan dimana seramai 35 orang peserta dan turut menjayakan kursus dengan kehadiran seramai 7 orang tenaga pengajar yang berpengalaman dalam pelbagai bidang kejurulatihan dan Sains Sukan antaranya ialah En. Mazran (Falsafah & Sukan Di Malaysia), En. Mulyadi (Kompetensi Kejurulatihan), Dr. Rozaiman (Anatomi & Fisiologi Sukan & Perubatan Sukan), En. Pharmy (Biomekanik), Dr. Mazlan (Tingkahlaku Motor & Psikologi Sukan) Dan En. Manshahar (Suaian Fizikal).

Kursus ini telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan dari semua peserta antaranya adalah atlet paralimpik, guru, jurulatih lantikan MSNg, jurulatih kecergasan dan juga orang awam.