IMG 3632

KURSUS SAINS SUKAN TAHAP I DI MIRI, SARAWAK

Pustaka Miri, Miri, Sarawak, 14 Februari: Berlangsungnya Kursus Sains Sukan Tahap I anjuran Majlis Sukan Negeri Sarawak dengan kerjasama Akademi Kejurulatihan Kebangsaan (AKK), ISN pada 13 – 17 Februari 2017, di mana seramai 57 orang peserta menyertai kursus ini yang rata-ratanya adalah jurulatih, guru, pegawai dan anggota Jabatan Kerajaan mahupun swasta.

Turut menjayakan dan menjadi tenaga pengajar bagi kursus ini adalah Dr. Chin Ngien Siong, Mr. Ling Chun Yeo, Mr. Lim Eng Oii dan Mr. Dana Raja. Komitmen yang diberikan oleh tenaga pengajar ini bagi berkongsi ilmu pengetahuan bersama peserta telah menjadikan kursus ini semakin menarik dan menyeronokkan disamping peserta tidak putus-putus bertanyakan soalan kepada tenaga pengajar.

Para peserta akan menduduki sesi ujian pada hari terakhir kursus. Diharap semoga semua peserta berjaya!