IMG 4463

KURSUS SAINS SUKAN TAHAP I DI KELANTAN

 

PANJI, KELANTAN 12 MAC: Kursus ini dihadiri seramai 56 orang peserta yang terdiri di kalangan jurulatih tempatan serta para guru dari sekitar daerah Negeri Kelantan. Kursus berlangsung selama 5 hari bermula dari 12 sehingga 16 Mac 2017 yang bertempat di Kompleks Belia dan Sukan, Panji, Kelantan dan dikelolakan oleh pihak Majlis Sukan Negeri Kelantan.

4 orang tenaga pengajar telah dilantik oleh Pihak Akademi Kejurulatihan Kebangsaan bagi menyampaikan input-input kepada para peserta kursus tersebut terdiri daripada Profesor Madya Dr. Hairul Anuar Bin Hashim, Dr. Mohd Nidzam Bin Mat Jawis, En. Wan Azmanan Bin Wan Yusof dan En. Hasan Bin Nor.