DSC 9020

KURSUS SAINS SUKAN TAHAP I DI KEDAH

ALOR SETAR, 14 MEI: Kursus ini telah berlangsung di Bilik Melur, Jabatan Belia dan Sukan Kedah selama 5 hari bermula Ahad dan tamat pada hari Khamis anjuran MSN Kedah dengan Kerjasama pihak Akedemi Kejurulatihan Kebangsaan (AKK), ISN. Seramai 45 orang peserta menjalani kursus dan rata-ratanya dikalangan guru, pegawai sukan, jurulatih, atlet dan orang awam.

Peserta kursus ini telah dibekalkan dengan nota serta belajar sesi teori bersama para instruktur yang cukup berpengalaman dan sesi praktikal juga turut dijalankan di dalam Stadium Darul Aman. Moga kessemua peserta terus memperoleh semangat dan ilmu yang berguna untuk dikongsi setelah tamat kursus kali ini. Moga kita ketemu pada kursus pada tahap seterusnya. Insha allah.