WhatsApp Image 2017 07 19 At 11.10.10 AM

KURSUS SAINS SUKAN TAHAP I DI JOHOR

 

FAKULTI BIOSAINS DAN KEJURUTERAAN PERUBATAN, UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA, 16 JULAI; Kursus ini dihadiri seramai 79 orang peserta yang terdiri di kalangan jurulatih tempatan, jurulatih dibawah Majlis Sukan Negeri Johor, Unit Prestasi Tinggi Sukan,Majlis Bandaraya Johor, guru, dan bekas  atlet negara. Kursus berlangsung selama 5 hari mengikut tarikh yang diselaraskan oleh Majlis Sukan Negeri Johor dengan kerjasama Akademi Kejurulatihan Kebangsaan.

 Kursus ini melantik seramai 10 tenaga pengajar yang berpengalaman yang telah lama berkecimpung dalam pengendalian Kursus Sains Sukan dan juga kejurulatihan  iaitu Prof Dr Abdul Hafidz, Dr Hadafi , Dr Kamaruzaman, Dr Izwyn, En Loh Ai Min, En Syahrul, Dr Asha, Puan Azura dan En Rizal Razali.