Dsc 2960

KURSUS SAINS SUKAN TAHAP I DI ISN BUKIT JALIL

Bukit Jalil, 9 Januari : Penganjuran Kursus Sains Sukan Tahap 1 buat julung kalinya bagi tahun ini telah berlangsung di Dewan Perdana, Institut Sukan Negara. Kehadiran peserta bagi kursus kali ini terdiri daripada kalangan jurulatih, atlet, pelajar, bekas atlet dan juga atlet paralimpik. Kursus yang berlangsung selama 5 hari ini menekankan aspek sains sukan secara menyeluruh dalam aplikasi terhadap latihan harian dan pertandingan.