DSC 0034

KURSUS SAINS SUKAN TAHAP I DI ISN BUKIT JALIL

BUKIT JALIL, 8 JANUARI; Kursus Sains Sukan telah membuka tirai tahun 2018 dengan penganjuran oleh pihak AKK di Dewan Perdana, ISN dan Auditorium 1, MSN. Kursus akan berlangsung selama lima hari dan telah disertai seramai 129 orang peserta terdiri daripada kalangan jurulatih tempatan, atlet, pegawai -pegawai kerajaan/swasta, guru, pelajar, penggiat sukan dan juga orang awam.

Penganjuran kursus ini menerima sambutan yang menggalakkan dan peserta yang hadir dilihat memberi tumpuan penuh dalam semua subjek yang diajar demi menambah ilmu Sains Sukan secara lebih mendalam. Keseluruhan kursus ini melibatkan dua sesi iaitu teori dan praktikal bagi subjek Suaian Fizikal.

Para peserta akan diuji ilmu mereka pada hari terakhir kursus dengan sesi peperiksaan dan juga perlu menghantar tugasan yang telah diberikan pada sesi taklimat hari pertama kursus berlangsung. Semoga para peserta mendapat ilmu yang bermanfaat serta berkat dan lulus pada tahap ini. Jumpa lagi semua pada kursus-kursus akan datang.