DSC 0557

KURSUS SAINS SUKAN TAHAP I DI BUKIT JALIL

BUKIT JALIL, 4 JUN; Akademi Kejurulatihan Kebangsaan telah menganjurkan Kursus Sains Sukan Tahap I di Dewan Perdana ISN Bukit Jalil pada 4-8 Jun 2018. Kursus ini telah menarik minat seramai 98 orang peserta yang turut juga terdiri dari mereka yang terlibat secara langsung dan tidak langsung bidang kejurulatihan seperti pegawai sukan, fisioterapi, guru dan juga termasuk jurulatih dan atlet negara. Kursus ini juga turut menarik minat jurulatih dari Indonesia dan Egypt. Walaupun kursus ini dijalankan ketika bulan Ramadan ianya tidak menghalang peserta untuk menjalankan aktiviti di dalam kelas mahupun aktiviti fizikal di luar kelas ketika subjek Suaian Fizikal.

Kursus kali ini telah dijayakan oleh tenaga-tenaga pengajar adalah terdiri daripada En. Nagoor Meera Abdullah, En. Gapor Ahmad, Pn. Norlizah, En. Ahmad Pharmy, PM Zulkifli Kadir, Pn. Siti Soraya, Dr. Balbir Singh dan Brig. Jen. Dr. Zainal. Kursus ini telah berlangsung dengan jayanya dengan sesi peperiksaan pada hari terakhir kursus.