KSS MSN SABAH 1&3

KURSUS SAINS SUKAN TAHAP I DAN III DI SABAH

KOTA KINABALU, 5 FEBRUARI; MSN Sabah kali ini melakarkan sejarahnya dengan mengendalikan 2 kursus dalam satu jangka yang sama, iaitu Kursus Sains Sukan Tahap I yang dihadiri seramai 104 orang peserta yang rata-ratanya terdiri daripada kalangan jurulatih tempatan dari seluruh pelusuk Negeri Sabah yang begitu komited menyertai kursus ini sehingga hari terakhir yang berlangsung di Bilik Kuliah 1 & 3, Asrama Kinabalu, Kompleks Sukan Likas. Begitu juga dengan peserta Tahap III, seramai 30 orang kesemuanya begitu teruja untuk menyertai kursus ini dan mereka akan berdepan dengan tugasan terakhir iaitu sesi VIVA yang dicadangkan untuk diadakan pada 12 Mei 2018.

 Sebanyak 10 subjek pembelajaran telah ditekankan di dalam kursus ini iaitu, Falsafah Sukan, Sukan Di Malaysia, Kompetensi Kejurulatihan, Suaian Fizikal, Biomekanik, Tingkah Laku Motor, Pemakanan Sukan, Perubatan Sukan, Psikologi Sukan serta Anatomi dan Fisiologi Sukan.

Sekalung penghargaan diucapkan kepada barisan Instruktur yang tidak jemu mencurahkan ilmu mereka kepada para peserta kursus, diantaranya adalah Y.M Raja Ismail, En. Ravi Margapandu, Prof. Madya Dr. YM Tengku Fadilah, Prof. Madya Dr. Nik Shanita, Pn. Nursyaditina Ain, En. Dzul Fikar, Dr. Pathmanathan, Cik Stephanie, dan Brig. Jen. Dr. Zainal Othman.

Kursus ini telah dirasmikan penutupannya oleh Setiausaha Tetap (SUT) Kementerian Belia dan Sukan Negeri Sabah, YB. Datuk Awang Damit Anak dan ditemani bersama Pengarah Majlis Sukan Negeri Sabah YBhg. En. Terrance Edward Pudin pada 9 Feb 2018 pada hari terakhir kursus.