Penang Cemerlang

KURSUS SAINS SUKAN TAHAP 2, 24 – 29 JUN 2019, PULAU PINANG

GELUGOR: Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang dengan kerjasama Akademi Kejurulatihan Kebangsaan telah menganjurkan Kursus Sains Sukan Tahap 2 yang dihadiri seramai 30 orang peserta terdiri daripada guru dan jurulatih negeri bertempat di Bilik Cemerlang, MSN Pulau Pinang. Kursus berlangsung selama 6 hari bermula pada 24 Jun 2019 sehingga 29 Jun2019.

 

Subjek pembelajaran yang ditekankan di dalam kursus ini adalah Falsafah Kejurulatihan, Sukan Di Malaysia, Kompetensi Kejurulatihan, Suaian Fizikal, Biomekanik, Tingkah Laku Motor, Pemakanan Sukan, Kecederaan dan Perubatan Sukan, Psikologi Sukan serta Anatomi dan Fisiologi Sukan.

 

Pelantikan penceramah seramai 8 orang telah dilantik bagi kursus tahap 2 ini yang terdiri daripada En.Mustaffa Ibrahim, Dr. Ahmad Munir Che Muhamed, Dr. Nur Ikhwan Mohamad, Dr. Tariq Khan, Dr. Jeffrey Low Fook, En. Ruhil Amal Razali dan Pn. Loo Lean Hiong  bagi menyampaikan ilmu sains sukan kepada semua peserta.