1

KURSUS SAINS SUKAN TAHAP 1 I(02)2019 25 MAC – 29 MAC 2019

Batu Uban, Pulau Pinang, 29 Mac 2019; Selesai sudah Kursus Sains Sukan Tahap I anjuran Akademi Kejurulatihan Kebangsaan, Institut Sukan Negara dengan kerjasama Majlis Sukan Ngeri Pulau Pinang. Kursus ini dihadiri oleh 59 orang peserta yang merupakan jurulatih dalam pelbagai bidang sukan di sekitar Pulau Pinang dan juga Kedah.

Kursus ini telah berlangsung selama 5 hari bermula 25 Mac – 29 Mac 2019. Turut memeriahkan suasana, kehadiran YBrs. Dr. Vellapandian A/L Ponnusamy selaku Pengarah Akademi Kejurulatihan Kebangsaan serta En. Jayanandhan A/L M. Vivekanandan, Setiausaha Kehormat, Persatuan Hoki Negeri Pulau Pinang merangkap Ahli Jawatankuasa Pengurusan Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang yang sudi memberikan sepatah dua kata dan memberi semangat buat para peserta kursus untuk menimba ilmu sains sukan.

Seramai 8 orang tenaga pengajar terlibat dalam menjayakan kursus ini antaranya Encik Ahmad Ezahar…, En. Mustaffa Ibrahim, YBrs. Dr. Ooi Cheong Hwa, En. Ahmad Pharmy, En. Philip, En. Madiyalagan, YBrs. P.M. Anuar Suun dan En. Syed Idrus.

Semoga peserta kursus lulus dalam ujian yang telah dilalui dengan jayanya, All the best!!