1

KURSUS SAINS SUKAN TAHAP 1 I(01)2019 18 – 22 MAC 2019

Kursus ini dihadiri seramai 122 orang peserta yang terdiri daripada kalangan jurulatih tempatan, atlet kebangsaan dan orang awam dari sekitar Kuala Lumpur yang dikelolakan oleh Akademi Kejurulatihan Kebangsaan (AKK), Institut Sukan Negara. Kursus kali ini mencatat sejarah yang tersendiri dimana ia merupakan kursus yang paling ramai disertai sepanjang penganjuran oleh AKK. Kursus ini telah dirasmikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Institut Sukan Negara YBhg. En Ahmad Faedzal Bin Md. Ramli yang sudi meluangkan masa memberi amanat dan kata-kata semangat kepada para peserta.

Sebanyak 10 subjek pembelajaran telah ditekankan di dalam kursus ini iaitu, Falsafah Sukan, Sukan Di Malaysia, Kompetensi Kejurulatihan, Suaian Fizikal, Biomekanik, Tingkah Laku Motor, Pemakanan Sukan, Perubatan Sukan, Psikologi Sukan serta Anatomi dan Fisiologi Sukan.

 

Seramai 6 orang penceramah telah dilantik oleh Pihak Akademi Kejurulatihan Kebangsaan bagi kursus kali ini terdiri daripada Datuk Marina Chin Leng Sim, Prof. Dato’ Dr. Mohd Zin Bin Bidin, Puan Siti Soraya Binti Mohd Elias, En. Manshahar Bin Abdul Jalil, En. Gananathan M. Nadarajah dan En Ahmad Pharmy Bin Abd. Jalil bagi menyampaikan input-input sains sukan kepada semua peserta.

Kursus ini telah berlansung selama 5 hari dengan jayanya.