IMG 4692

KURSUS SAINS SUKAN TAHAP I DI W.P. LABUAN

LABUAN, 21 MAC: Kursus ini dihadiri seramai 78 orang peserta yang terdiri di kalangan jurulatih tempatan serta orang awam dari sekitar Labuan serta Sabah. Kursus berlangsung selama 5 hari bermula dari 20 sehingga 24 Mac 2017 yang bertempat di Bilik Perdana, Tingkat 11, Menara Perbadanan Labuan dan dikelolakan oleh Majlis Sukan Labuan.

Seramai 7 orang tenaga pengajar telah dilantik oleh Pihak Akademi Kejurulatihan Kebangsaan bagi menyampaikan input-input serta tunjuk ajar kepada para peserta kursus tersebut terdiri daripada YM Raja Ismail, Pn. Siti Norashikin, En. Irwan Isdup, En. Dzul Fikar, Dr. Pathmanathan, Pn. Nursyadaitina Ain dan  En. Ravi Margapandu. Kursus ini dibantu dan diselia oleh Pn. Suraney bt Yussof (MSN Labuan) dengan kerjasama pihak AKK.